Menurut Ketua Zon 4 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba II, Khairil Adli Zakaria, jumlah itu termasuk 18 pengunjung, dua orang awam tempatan, dan seorang kakitangan tempat rekreasi itu.
Mangsa melibatkan 14 dewasa dan tujuh kanak-kanak telah berjaya diselamatkan tepat jam 11.30 pagi, hasil kerjasama pelbagai agensi penyelamat dan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.